Memandu kereta mewah, tinggal di banglo besar, saban bulan melancung, punya harta dan wang simpanan. Makan pakai mu semuanya berkhasiat dan berjenama. Anak cucu kamu dilimpahi kemewahan. Pendek kata, impianmu yang juga menjadi impian insan-insan lain telah tercapai.
Tetapi kamu lupa kerana leka. Anak bangsamu yang melarat dicerca dan dihina. Mereka hanya layak mendengar desupan kereta besarmu meluncur laju. Mrenung kosong ke arah istanamu. Harta yang ada mungkin sekadar rumah PPR kos rendah penuh dengan kekurangan.
Hari ini kamu datang lagi, seperti tahun-tahun dulu, mengumpan anak bangsamu. Namun apa daya mereka yang daif dan naif ini untuk bersuara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan